Latest News

Tuesday 18 November 2014

#BajetKedah2015: Adun Jeneri Mohon Kemudahan Asas Di Luar Bandar




Dalam Sidang Dun #BajetKedah2015, ADUN Jeneri menyeru agar satu mekanisme baru dicari untuk menggantikan kebergantungan masyarakat luar bandar terhadap getah semata-mata bagi penduduk sekitar daerah Sik, Baling, Padang Terap dan lain-lain kerana harga pasaran getah yang tidak menentu.

ADUN Jeneri juga mencadangkan Kerajaan Negeri menarik pelabur multi nasional ke kawasan luar bandar.

Selain itu ADUN Jeneri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kedah yang memberikan Bantuan Makanan Asas kepada penoreh getah di Kedah serta kepada Kerajaan Pusat yang memberi bantuan secara one off.

ADUN Jeneri turut memohon agar kemudahan-kemudahan asas dibina lebih banyak di kawasan luar bandar terutama kemudahan talian telekomunikasi kerana ianya boleh menyebabkan para pelabur tidak berminat untuk melabur di kawasan luar bandar.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015: Adun Jeneri Mohon Kemudahan Asas Di Luar Bandar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top