Latest News

Tuesday 25 November 2014

Dr.Leong Perjelas Isu Hospital Bandar Baharu #Kedah


Dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini YB Dato' Dr Leong Yong Kong, EXCO Kerajaan Negeri Kedah telah membuat kenyataan berkenaan status anak dari rakyat Kedah yang lahir di Hospital negeri lain dan ianya bersempadan di kawasan Kedah boleh memohon status sebagai anak Kedah di Jabatan Pendaftaran yang terdapat di Kedah.

Kenyataan tersebut telah menimbul sedikit kekeliruan kepada rakyat Kedah terutamanya penduduk Bandar Baharu, Sanglang dan Kodiang yang terpaksa menggunakan Hospital di negeri bersebelahan kawasan mereka sebagai Hospital yang berdekatan untuk bersalin.

Semalam admin sempat menemubual YB Dato' Dr Leong ketika YB bersama YAB Dato' Seri Hj Tun Mahathir di Majlis Penutup Sambutan Minggu Pelancongan Kedah di Semeling Merbok. YB membuat pemohonan maaf diatas kekeliruan tersebut yang tidak disengajakan kerana beliau mendapat maklumat yang salah dari pihak yang berkaitan.

Walaubagaimana pun YB Dato' Dr Leong turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah kini sedang memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membenarkan mengikut syarat agar ibu dari Kedah yang bersalin di Hospital di negeri lain yang terletak berhampiran kawasan mereka tinggal dapat mendaftar anak mereka sebagai anak kedah.

Selain itu YB Dato' Dr Leong turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah membuat pemohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaik taraf klinik bersalin seperti di Bandar Baharu, Sanglang dan Kodiang agar penduduk di kawasan tersebut dapat bersalin di klinik bersalin di kawasan mereka untuk mendaftar anak yang lahirkan sebagai anak Kedah.

Saksikan video kenyataan penuh dari YB Dato' Dr Leong Yong Kong yang di rakam admin,


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Dr.Leong Perjelas Isu Hospital Bandar Baharu #Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top