Latest News

Sunday 23 November 2014

Lelaki Bakar Al-Quran di Tokong Cina telah ditahan polis..




Episod kes bakar Al-Quran di Tokong Cina. Untuk rujukan boleh klik sini

Polis menahan seorang lelaki berhubung penemuan beberapa cebisan helaian al-Quran dipercayai dibakar dalam tong di sebuah medan selera berhampiran sebuah pasar di sini pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Zakaria Yusof berkata lelaki itu ditahan di sebuah pasar raya di Mergong pada kira-kira 3 petang.

Beliau berkata lelaki itu, yang belum diketahui maklumatnya, akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan.

"Mengikut keterangan peniaga di pasar itu, lelaki berkenaan sentiasa dilihat berkeliaran di kawasan pasar dan sentiasa membakar kertas-kertas di tempat pembakaran terbabit," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis malam.

Cebisan al-Quran yang dibakar itu ditemui seorang peniaga setelah dimaklumkan individu lain dan beliau melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Pada sidang media Khamis petang, Zakaria berkata pihaknya mengesyaki orang yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lelaki Bakar Al-Quran di Tokong Cina telah ditahan polis.. Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top