Latest News

Thursday 6 November 2014

Video : Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kepada Mangsa Puting Beliung @MukhrizMahathir



Selain dari bantuan keperluan asas makanan kepada penoreh getah yang diumumkan YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir kelmarin selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah, YAB Juga mengumumkan bantuan kepada mangsa-mangsa ribut puting beliung baru-baru ini dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, melalui Giat Mara telah meluluskan peruntukan sebanyak RM115,200 untuk membaik pulih dan bina baru rumah mangsa-mangsa ribut puting beliung baru-baru ini.

Dalam sidang media tersebut, YAB turut memperingati rakyat Kedah agar berhati-hati berhadapan dengan fenomena sementara kejadian ribut dalam peralihan musim dan dijangka berkemungkinan akan berlaku lagi dalam tempoh seminggu dua ini.

#HanyaDiKedah #MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata#KedahAmanMakmur #MBmesraRakyat #Kedah #AlorSetar #KedahRules#ThisIsDarulaman #BencanaAlam #RibutKedah




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Video : Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kepada Mangsa Puting Beliung @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top