Latest News

Monday 24 November 2014

Wajah Pemain Import Baru kedah Bagi 2015


Pihak pengurusan skuad hijaukuning melalui Dato' Jeffrey Low Han Chow dan jurulatih Tan Cheng Hoe telah mengesahkan 3 pemain import yang dimaklumkan sebelum ini akan tiba 24 November,tiba malam nanti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas.

Keith M Nah, Lawrence Olum dan Chidi Edeh yang dijangka tiba 8:10 malam nanti melalui penerbangan FireFly dari Subang ke Alor Setar akan diikat oleh Persatuan Bolasepak Kedah untuk saingan Liga Premier 2015.

Pihak pengurusan menjemput semua penyokong hijaukuning untuk bersama-sama hadir ke LTSAH bagi menyambut pemain import skuad hijaukuning dalam satu majlis ringkas bagi mengalu-alukan kedatangan mereka. Seorang lagi pemain tengah dari Jepun dijangka tiba minggu pertama Disember ini.

Skuad hijaukuning akan memulakan latihan pra-musim petang ini di Stadium Darul Aman.

Selamat datang ke bumi Darul Aman Keith, Lawrence dan Chidi!

PLAY WITH HEART. PULUN KEDAH PULUN

**************************************************************

Biodata:

Chidi Edeh is a Nigerian footballer who plays as a forward for Enugu Rangers in the Nigerian Premier League.

Born : August 18, 1987 (age 27), Lagos, Nigeria
Height : 5' 10" (1.77 m)
Previous team : East Bengal F.C. (#10 / Forward)

Lawrence Olum is a Kenyan professional footballer who plays for Sporting Kansas City in Major League Soccer.

Born : July 10, 1984 (age 30), Nairobi, Kenya
Height : 6' 2" (1.88 m)
Weight : 185 lbs (84 kg)
Previous teams: Sporting Kansas City (#13 / Defender), Kenya national football team (Defender)

Keith M Nah is a Liberian U19 professional footballer who plays for Chin United FC in Myanmar National League and Top Scorer for 2013 & 2014.

Born : (age 20)
Height : 5' 8" (1.74 m)
Weight : 160 lbs (70 kg)
Previous teams: Liberia U19, Chin United FC (Myanmar), Liberia Football Association(LFA)2008 2ND Division MVP


Sumber : KFA 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Wajah Pemain Import Baru kedah Bagi 2015 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top