Latest News

Monday 15 December 2014

6 Projek Utama Bakal Tukar Wajah Negeri #Kedah! @MukhrizMahathir

Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir


Perancangan 6 Projek Utama Kerajaan Negeri Kedah

Kerajaan Negeri Kedah merancang enam projek utama dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang mampu memacu pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Projek pemangkin itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bandaraya Aero Kedah (Kedah Aerocity), Lebuhraya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE), Bandaraya Getah Kedah (Kedah Rubber City), Taman Sains dan Teknologi Kedah (Kedah Science and Technology Park) dan Bandaraya Sains Perubatan Kedah (Kedah Medical Science City).








Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata walaupun pelaksanaan projek-projek itu dijangka bermula dalam RMK-11, namun kerajaan negeri sudah mengambil tindakan awal untuk menyiapkan prasarana mulai tahun hadapan.

Menurutnya cadangan pembinaan KXP dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara walaupun Kedah sudah mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

“Ini dikuatkan dengan justifikasi yang diterima ramai. Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui menjadi lebih kritikal beberapa tahun lagi dan akan mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang bagi pengendalian penumpang.

6 projek yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Kedah ini merupakan projek jangka panjang yang boleh mengubah terus masa depan negeri Kedah dari negeri yang mengharapkan pertanian, menjadi negeri industri.

Sudah tentu perancangan ini memakan masa yang panjang, namun jika dilihat usaha yang kerajaan negeri Kedah lakukan sekarang, segalanya tidak mustahil malah impian untuk melihat Kedah sebagai negeri maju menjadi kenyataan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: 6 Projek Utama Bakal Tukar Wajah Negeri #Kedah! @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top