Latest News

Tuesday 24 March 2015

Kedah Mahu Cemerlang dalam semua Peperiksaan! - @MukhrizMahathir


Dalam sidang media YAB Dato' Seri hj Mukhriz Tun Mahathir selepas menghadiri program SARANA PIBG Peringkat Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun pagi tadi, YAB menyuarakan cita-citanya untuk melihat negeri Kedah menjadi negeri yang turut cemerlang didalam kesemua peperiksaan sekolah di Malaysia.

Dalam keputusan STPM 2014 bagi seluruh Malaysia, Kedah berada di kedudukan nombor dua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Bagi peperiksaan sekolah yang berlangsung tahun ini, beliau berharap pelajar-pelajar di Kedah bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan STPM, tetapi turut cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STAM.

Menurut YAB Dato' Seri lagi, ketika sidang medianya, Kerajaan Negeri Kedah bakal melancarkan sistem "Kedah e-Tutor'' pada bulan April ini bagi meningkatkan kefahaman pelajar di sekolah bagi memahami setiap subjek yang dipelajarinya dengan berulang kali.

Dato Seri juga berharap dengan kemudahan sistem "Kedah e-Tutor" yang disediakan Kerajaan Negeri kepada sekolah di Kedah dapat di manfaatkan pelajar semua.

- Saksikan Video Sidang Media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir yang berhasrat agar semua sekolah di negeri ini dapat menjadikan Kedah negeri yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Mahu Cemerlang dalam semua Peperiksaan! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top