Latest News

Tuesday 24 March 2015

Masjid Al Fatih Jadi Masjid Pertama Guna Tenaga Solar Di Kedah



BANDAR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Masjid Al-Fatih di sini akan muncul sebagai masjid pertama di Kedah menjana tenaga elektrik dengan pemasangan panel solar fotovoltan (PV) yang mampu menjana 12 kilowatt tenaga elektrik tidak lama lagi.

Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata syarikat First Solar Malaysia Sdn Bhd, di Kulim akan membekalkan 100 unit panel solar bernilai RM100,000 untuk tujuan itu.

Katanya, tenaga elektrik yang dijana menerusi panel solar PV itu akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi program 'feed in tariff'.

"Sistem solar tersebut boleh menjana sumber kewangan bagi menampung kos pengurusan dan menjalankan aktiviti masjid," katanya kepada pemberita selepas Program Bersama Komuniti di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya kini dalam proses mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk penggunaan tenaga boleh diperbaharui itu.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Masjid Al Fatih Jadi Masjid Pertama Guna Tenaga Solar Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top