Latest News

Wednesday 18 March 2015

Video : Sejarah Orang Melayu Kedah Dalam Perjuangan UMNO - DS Mukhriz


Kisah sejarah perjuangan orang-orang Melayu Kedah didalam UMNO semenjak cadangan penubuhannya untuk menentang Malayan Union.

Untuk makluman, dalam surat tauliah atau piagam UMNO yang dipersetujui dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO kali yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan SABERKAS.

Dalam sejarah UMNO juga tercatat, persidangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO ke 3 pada 27 Julai 1946 yang diadakan di Sekolah Francis Light, Pulau Pinang, Almarhum Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah hadir sendiri bagi merasmikan mesyuarat tersebut dan tepat pukul 10.15 pagi, Almarhum telah mengetuai mengibarkan bendera UMNO yang kini dikenali Sang Saka Bangsa.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Sejarah Orang Melayu Kedah Dalam Perjuangan UMNO - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top