Latest News

Monday 25 May 2015

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Giat Lakukan Transformasi


Oleh : Media MMFC

Langkawi, 24 Mei : Langkawi bukan nama asing dalam industri pelancongan negara dan juga dunia, jesteru itu Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan giat berusaha melakukan transformasi kerana kedudukan Langkawi yang dipasarkan sebagai Destinasi Pelancongan Peringkat Antarabangsa.

Dalam perasmian Majlis Sambutan Ulangtahun Pengisytiharan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan ke 15, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan yang ketiga, yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar dalam memajukan pembangunan fizikal dan kesejahteraan rakyat.

Jelesnya, Kerajaan Negeri mengharapkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah Darul Aman dapat memainkan peranan masing-masing dengan berkesan dan sehingga kini semua Pihak Berkuasa Tempatan di Kedah Darul Aman telah menunjukkan kesungguhan masing-masing.

Usaha-usaha menjaga kebersihan, meningkatkan keceriaan Bandar, menambah ruangniaga, mempercepatkan poses kelulusan permohonan pembangunan, meningkatkan kutipan hasil hendaklah dijalankan secara konsisten, katanya.

Kakitangan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan mesti kompeten, berhemah dan mesra pelanggan dalam menjalankan tugas.Penguatkuasaan undang-undang hendaklah dijalankan tegas bagi menggubah tanggapan orang ramai bahawa di Langkawi boleh dibina bangunan atau berniaga tanpa kelulusan Pihak BerkuasaTempatan. Apa yang telah berlaku seperti di Pantai Chenang hendaklah dijadikan pengajaran

Kerajaan Negeri memahami beban kewangan yang perlu ditanggung oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan dalam memastikan Langkawi sentiasa Bersih dan Indah.Kerajaan Negeri Kedah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang memberi peruntukan membantu Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan.

Untuk mendapat manfaat jangka panjang, Kerajaan Negeri sedang mengkaji permohonan Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan untuk mengenakan caj perkhidmatan pelancong.

Kedah bukannya yang pertama mengenakan caj seperti ini Melaka dan Pulau Pinang telahpun berbuat demikian. Saya berpendapat sudah sampai masanya pelancong turut menyumbang kepada kos penjagaan kebersihan dan alam sekitar.

Sebagai Pusat Pelancongan, Langkawi perlu dilengkapkan dengan kemudahan penginapan, produk pelancongan dan prasarana yang berkualiti. Untuk itu, Kerajaan berusaha dan berjaya mendapatkan pelaburan swasta.

Melalui hubungan yang mesra, perancangan yang dibuat lebih mudah dilaksanakan. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan akan mendapat pandangan yang positif sebelum memutuskan sesuatu perkara.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Berhormat Dato’ Hj. Badrul Hisham bin Hashim,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Yang Berhormat Dato’ Hj. Mohd. Rawi bin Abdul Hamid, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri / Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya dan Hal Ehwal Masyarakat Siam
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Giat Lakukan Transformasi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top