Latest News

Sunday 10 May 2015

Tiada Larangan Ambil Gambar



ALOR SETAR - Orang ramai khususnya pengunjung UTC Kedah, di sini, dinasihatkan tidak memanjat tembok bangunan semata-mata untuk mengambil gambar kenangan.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak melarang pengunjungnya untuk mengambil gambar.

“Bagaimanapun, jika ingin mengambil gambar, jangan sampai memanjat tembok. Lagipun, pemandangan sekitar Alor Setar masih boleh dilihat seperti biasa.

“Pengunjung dinasihatkan tidak melakukan langkah berbahaya sedemikian hanya sebab mahu aksi tertentu dirakamkan ketika bergambar,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, menurutnya, orang awam digalakkan mengunjungi kawasan berkenaan untuk melakukan aktiviti berfaedah.

"Tingkat enam ini kawasan terbuka dan tidak berbumbung. Bagaimanapun, ia dilengkapi ciri keselamatan seperti tembok kira-kira 1.3 meter.

"Kita minta pengunjung menjaga tingkah laku, kesopanan dan keselamatan ketika berada di tempat tinggi sedemikian," katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan penuntut Universiti Malaysia Perlis (Unimap) meninggal dunia selepas lebih 24 jam bertarung nyawa selepas terjatuh dari bangunan itu.

Dalam kejadian lewat petang Ahad berkenaan, mangsa, Muhd Nur Hadi Hamdan, 18, parah selepas terjatuh dari tempat parkir kenderaan di tingkat enam.

Difahamkan, mangsa dipercayai melompat kerana menyangka ada bumbung atau lantai rata di tingkat berkenaan, namun terus terjatuh ke tingkat dua.

Bagaimanapun, Mat Noh berkata, beliau menolak kemungkinan penuntut universiti yang terjatuh dari tingkat enam bangunan berkenaan disebabkan ingin mengambil gambar.

Sinar 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tiada Larangan Ambil Gambar Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top