Latest News

Wednesday 24 June 2015

Guru Arah Murid Minum Air Kencing?



Exco Pendidikan Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain Isnin menafikan dakwaan bahawa seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Kedah telah menyuruh anak murid bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.

Menurutnya, kenyataan oleh guru berkenaan bukan seperti yang telah dilaporkan dalam surat yang ditulis oleh waris murid bukan Islam yang telah diviralkan dalam media sosial.

"Ini semua berpunca dari satu surat layang yang ditulis seorang waris murid bukan Islam kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda menyatakan guru dari Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani mengarahkan pelajar bukan Islam supaya minum air paip atau air kencing sendiri di tandas sekolah pada bulan Ramadan ini pada perhimpunan sekolah pagi Ahad.

"Kita percaya kenyataan tersebut telah disalah erti oleh murid-murid. Guru tersebut ingin meminta supaya pelajar bukan Islam menghormati pelajar Islam supaya tidak minum di hadapan mereka sebaliknya pergi ke tandas untuk minum," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, di sini Isnin.

Tajul Urus berkata ibu bapa sepatutnya pergi ke sekolah untuk mendapatkan penjelasan daripada guru tersebut terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan yang melulu tanpa usul periksa yang boleh menyentuh isu sensitif yang bersifat perkauman.

Katanya, mereka sepatutnya mendapatkan penjelasan dahulu sebelum mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya telah menyebabkan guru berkenaan menerima ugutan dan terpaksa membuat laporan polis hari ini.

"Saya anggap isu ini telah selesai dan sekiranya ada pihak waris murid yang masih tidak berpuas hati mereka boleh datang berjumpa dengan saya untuk diberi penjelasan yang lebih jelas berkaitan perkara ini," katanya.

Dalam masa sama, Tajul Urus mengingatkan supaya semua pihak berhati-hati semasa bercakap atau bergurau kerana takut ia disalah erti sehingga ia boleh diviralkan ditambah dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas. - BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

2 comments:

  1. Yang buat fitnah tu yang sepatut nya di beri minom air Kencing Babi!!

    ReplyDelete
  2. Bosan dengan sikap cauvinis bukan Islam.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Guru Arah Murid Minum Air Kencing? Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top