Latest News

Monday 22 June 2015

JKKK perlu aktif daftar pemilih baru


YAN – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Parlimen Jerai perlu lebih aktif mencari golongan muda yang berusia 21 tahun ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih baru di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Jerai, YB. Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata, JKKK yang telah dilantik sebagai penolong pendaftar pemilih perlu menjalankan tugas mereka agar golongan muda tidak ketinggalan dalam melaksanakan hak sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Masih ramai anak muda yang berumur 21 tahun ke atas belum mendaftar menjadi pemilih baru dan ini merupakan satu kerugian. Kita tidak mahu hal ini terus diabaikan dan kita mahu JKKK yang dilantik segera mencari dan menjadi penolong pendaftar pemilih serta memasukkan data pemilih baru di dalam senarai pemilih di kampung-kampung mereka,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Elaun JKKK Parlimen Jerai di Dewan Dato’ Madi.


Menurutnya, JKKK juga perlu menjadi penghubung antara Kerajaan dan rakyat dalam menerangkan dasar-dasar Kerajaan. Terdapat banyak skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan seperti skim pembiayaan perumahan dan jika JKKK tidak menerangkan hal-hal seperti itu, tidak ada orang yang akan tahu.

“JKKK perlu gunakan peluang yang diberikan untuk menjalankan tugas menerangkan hal-hal berkaitan Kerajaan kepada rakyat,” jelasnya.

Pada majlis itu, seramai 276 Pengerusi dan Setiausaha JKKK kawasan Parlimen Jerai menerima elaun mereka.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: JKKK perlu aktif daftar pemilih baru Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top