Latest News

Wednesday 24 June 2015

Kawalan Pintu Sempadan Perlu Diperketatkan - DS Mukhriz



Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap apa yang terjadi mengenai penemuan 106 mayat mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian akan membuka mata semua pihak mengenai masalah ini.

21 jenazah dari 108 jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena dan pada 29 Jun ini seramai 28 lagi jenazah akan dikebumikan dan bakinya akan di dikebumi secara berperingkat.

Menerut Dato' Seri Mukhriz lagi, beliau mahu kawalan keselamatan di sempadan negara dan thailand diperketatkan supaya ia tidak mudah dibolosi oleh mana-mana pihak termasuk sindiket pemerdagangan manusia.

"Hasil bedah siasat menyatakan bahawa punca kematian adalah dari kekurangan makanan dan penyakit, namun jika mereka dikurung tanpa diberi sebarang makanan, itu adalah satu pembunuhan, apa yang berlaku adalah satu mendukacitakan". Katanya.

Beliau tidak dapat membayangkan situasi yang dialami oleh mangsa terbabit sebelum mereka menemui ajal di kem-kem transit yang didirikan di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.

Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mukhriz berkata negara ASEAN terutamanya Myanmar, perlu memainkan peranan untuk mengurangkan atau menghentikan masalah migrasi penduduk ini.

Katanya, kerajaan dan Wisma Putra perlu memikirkan tentang cadangan supaya Myanmar dikenakan tindakan berhubung isu migrasi penduduknya yang berbangsa Rohingya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kawalan Pintu Sempadan Perlu Diperketatkan - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top