Latest News

Thursday 20 August 2015

Hubungan Kedah Dan Kerajaan Persekutuan Baik - DS Mukhriz



Kenyataan dari pihak tertentu menyatakan hubungan Kerajaan negeri Kedah dan Kerajaan Persekutuan tidak baik serta renggang adalah tidak benar sama sekali.

Hubungan antara kedua-dua kerajaan adalah baik dan tidak berhadapan dengan sebarang masalah menurut Menteri Besar Kedah Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Dato' Seri Mukhriz berucap ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah semalam.

" Selagi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan bersikap profesional,.hubungan kedua-dua pihak tidak akan menghadapi masalah" jelasnya.

Kerajaan negeri Kedah sentiasa membangkitkan kepada kerajaan Persekutuan tentang projek-projek rakyat seperti pembukaan taman-taman industri yang dapat menyediakan pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Kedah.

Semua permohonan telah dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan tentang projek-projek pembangunan menerusi lisan, surat serta sesi taklimat.

Tahun lepas sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kedah, Kedah telah memberi taklimat Unit Perancang Ekonomi (UPEN) .

Perdana Menteri juga diberi taklimat tentang cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kuala Lumpur.

Walaupun beberapa projek ikonik Kedah tidak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) tetapi tidak bermakna ia tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Contoh projek minyak di Pengerang yang tidak disebut dalam RMK10 tetapi projek itu dilaksanakan dan RM 10 billion telah dibelanjakan.

Mengenai KXP , kerajaan negeri mempunyai beberapa pilihan untuk membiayai pembinaan KXP termasuk menerusi Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) jika kerajaan persekutuan mempunyai masalah untuk membiayai.

Kedah berharap kerajaan Persekutuan tidak menolak cadangan pembinaan KXP ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Hubungan Kedah Dan Kerajaan Persekutuan Baik - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top