Latest News

Tuesday 18 August 2015

Tunku Sallehuddin Mahu Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Tambahan Atas Pengorbanan Kedah Kepada Negara #sidangdunkedah


Tunku Sallehuddin bertitah Kedah harus diberi peruntukan tambahan setimpal oleh kerajaan Persekutuan atas pengorbanan memperuntukkan sehingga 240,000 hektar tanah hutannya bagi kawasan penanaman padi dan empangan.

Titah baginda, kawasan yang dikorbankan sangat luas dan berpotensi memberi pulangan lebih lumayan.

"Namun pengorbanan ini dilakukan oleh Kedah demi menjamin keselamatan bekalan makanan negara dan bekalan 35 peratus beras negara terus terpelihara," titah baginda.

Baginda juga mahukan semua pihak memanfaatkan bulan mulia ini untuk mengingati peristiwa penting dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang tercinta ini.

Bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, 'Sehati Sejiwa', Tunku Sallehuddin meminta seluruh anggota Dewan dan rakyat menekankan semangat bersatu hati dalam konteks kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. titah baginda semasa merasmikan pembukaan sidang Dewan Undangan Kedah semalam.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tunku Sallehuddin Mahu Kerajaan Pusat Beri Peruntukan Tambahan Atas Pengorbanan Kedah Kepada Negara #sidangdunkedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top