Latest News

Wednesday 19 August 2015

Tunku Temenggong Mahu Kedah e-Tutor (KeT) Dimanfaatkan #sidangdunkedah


Dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah kelmarin, Baginda mahu pihak sekolah di Negeri Kedah dapat menggalakkan pelajar masing-masing supaya menggunakan Kedah e-Tutor (KeT) dengan semaksimum yang boleh kerana ianya disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan belanja yang begitu besar supaya dapat digunakan secara percuma oleh pelajar-pelajar.

Selain itu, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Sallehuddin turut memohon agar Kerajaan Persekutuan memberikan tumpuan yang lebih kepada usaha mengurangkan jurang digital antara kawasan bandar dengan pinggir bandar dan antara bandar dengan luar bandar agar kecanggihan teknologi maklumat seperti KeT dapat dinikmati dikawasan luar bandar.


Dalam Titah Ucapan Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, YTM Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 18 August 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tunku Temenggong Mahu Kedah e-Tutor (KeT) Dimanfaatkan #sidangdunkedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top