Latest News

Tuesday 29 September 2015

Helang Merah Turun Skuad Terbaik Tentang JDTII


Skuad Helang Merah Kedah bakal melayan kunjungan JDT II malam ini di Stadium Darul Aman Alor Setar dalam aksi TM Piala Malaysia. 


Kedah akan turun malam ini dengan kekuatan Skuad Utama yang bebas dari pergantungan perlawanan mahupun kecerderaan pemain. 

Antara yang akan menjadi tumpuan adalah Sandro yang menjaringkan hatrik ketika menentang Terengganu minggu lepas. Tentunya penyerang lincah Kedah Chidi Edeh dan Liridon akan dikawal ketat malam nanti. 

Pertahanan kental Kedah, Bang akan turun beraksi malam ini selepas digantung dua perlawanan. Bang akan bersama pemain pertahanan muda yang sedang meningkat naik, Othman.


Sejak awal pagi tadi ribuan penyokong sudah membanjiri Stadium Darul Aman bagi mendapatkan tiket perlawanan. 

Tentunya persaingan sengit akan ditunjukan skuad Helang Merah yang menang dua kali dalam perlawanan sebelum ini.

Gambar dari Media KFA 

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Helang Merah Turun Skuad Terbaik Tentang JDTII Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top