Latest News

Thursday 10 September 2015

Tiada Pemecatan Dalam Mesyuarat MT UMNO



KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai pemecatan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Sri Mohd Shafie Apdal tidak menjadi kenyataan.

Sebaliknya, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato Onn, di sini pada Rabu memberi tumpuan kepada usaha menyatukan dan mengukuhkan UMNO dengan kedua-dua mereka berkata mereka akan bekerja untuk kepentingan parti.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemecatan para pemimpin UMNO 'tidak pernah berada dalam agenda.'

Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan ceria ketika dikerumuni para penyokongnya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada Rabu

"Ia cuma spekulasi dari luar," kata Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO selepas mempengerusikan mesyuarat, merujuk kepada khabar angin bahawa Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dipecat bersama pemimpin seperti Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Muhyiddin, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Mohd Shafie sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, digugurkan dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lepas.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tiada Pemecatan Dalam Mesyuarat MT UMNO Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top