Latest News

Thursday 15 October 2015

Kerajaan Kedah Ambil Inisiatif Adakan Bengkel Pecutan SPM E- Tutor


Seramai 35,524 orang pelajar Tingkatan 5 di seluruh Kedah bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2015.

Bagi membantu pelajar-pelajar Tingkatan 5 untuk membuat persediaan terakhir bagi subjek Matematik Tambahan dan Fizik sebelum menduduki peperiksaan tersebut, Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Bengkel Pecutan SPM Kedah E-Tutor ini, dengan kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan TH3 Holdings Sdn Bhd.


Bengkel ini melibatkan seramai 1,130 orang pelajar Tingkatan 5 dari 44 buah sekolah seluruh Kedah dan turut disertai 191 orang pelajar dari Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Alor Setar. Namun kehadiran pelajar dalam bengkel ini diluar jangkaan apabila lebih 1500 pelajar menyertai.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, Kedah telah meletakkan sasaran jangka masa pertengahan untuk menjadikan Kedah sebagai 5 negeri terbaik di Malaysia.

Mengenai masalah E-Tutor yang tidak dapat dilayari di beberapa kawasan pendalaman, Syarikat TH3 yang mengendalikan sistem ini telah mengambil inisiatif untuk menyediakan 'Offline Server' di sekolah-sekolah yang gagal mendapat ekses internet agar semua pelajar dapat memanfaatkan program ini. Ujarnya.


Selain dari itu Kerajaan Negeri Kedah juga telah mengadakan kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan mengambil inisiatif memberi perkhidmatan ekses E-Tutor di Pusat-pusat Internet 1Malaysia diseluruh Kedah. Katanya .

Mengenai Portal ini, ia akan bertindak sebagai satu nilai tambah kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang sedia ada. Hal ini membawa maksud bahawa para guru boleh menjadikan teknik mengajar yang digunakan didalam portal tersebut sebagai rujukan didalam kelas.

Dengan adanya portal pendidikan atas talian ini, para pelajar boleh menggunakan peluang dan masa yang ada apabila berada di dalam 'relief class' dengan mengekses dan mengulangkaji serta membuat latihan secara interaktif diportal KeT.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kerajaan Kedah Ambil Inisiatif Adakan Bengkel Pecutan SPM E- Tutor Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top