Latest News

Saturday 17 October 2015

Video : Kedah Berazam Menyediakan Sebanyak Mungkin Rumah - Mukhriz



Dalam sidang media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selepas merasmikan pelancaran Ekspo Rumah PR1MA @ Kedah kelmarin, YAB DS Mukhriz memberitahu, Kerajaan Negeri Kedah berazam untuk menyediakan atau meluluskan sebanyak mungkin projek perumahan di negeri Kedah bagi menampung permintaan yang sedia ada.

Melalui kaji selidik yang dilakukan melalui maklumbalas pemohon perumahan, kira-kira 50 sehingga 60% merupakan golongan berpendapatan pertengahan yang inginkan kos rumah seperti yang disediakan PR1MA. Walaubagaimana pun bagi golongan berpendapatan rendah ianya tidak akan terlepas pandang, Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan juga telah menyediakan skim rumah bagi golongan terbabit melalui pelbagai pihak.

Kedah adalah negeri yang mempunyai pembangunan PR1MA yang keempat paling besar dari segi jumlah unit.. Sebanyak 18 projek pembangunan PR1MA yang meliputi 18,516 unit kediaman telah diluluskan oleh PR1MA untuk dibina di beberapa kawasan di Kedah seperti Sungai Petani, Kuala Ketil, Padang Meha, Kulim, Alor Setar, Pendang, Jerlun, Kubang Pasu, Changlun, Gurun, Langkawi dan Pengkalan Kundor.

Untuk makluman, Kedah telah dipilih oleh pihak PR1MA menjadi negeri pertama pengajuran Ekspo Rumah PR1MA di Malaysia yang diadakan dari 16 sehingga 18 Oktober 2015 di Dewan Kenangan Sultan Abdul Halim, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK).

- Saksikan Video sidang media YAB DS Mukhriz Mahathir selepas merasmikan pelancaran Ekspo Rumah PR1MA @ Kedah kelmarin


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Kedah Berazam Menyediakan Sebanyak Mungkin Rumah - Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top