Latest News

Saturday 28 November 2015

Golf Mesra YAB Menteri Besar Kedah Di jadikan Acara Tahunan - DS Mukhriz




UCAPAN
YAB DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN

“ GOLF MESRA PIALA YAB MENTERI BESAR KEDAH ”

DARULAMAN GOLF AND COUNTRY CLUB
BANDAR DARULAMAN
JITRA, KEDAH

28 NOVEMBER 2015

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, pada hari yang permai ini kita dapat bersama-sama dalam temasya GOLF MESRA Piala YAB Menteri Besar Kedah dalam suasana persahabatan dan persaudaraan yang penuh mesra walaupun persaingan begitu hebat di padang tadi.

Semestinya, ucapan jutaan terima kasih dan syabas dikalungkan kepada Jawatankuasa Induk yang dipengerusikan oleh YB Pak Tam; Aminuddin Omar, dan Yang Berbahagia Dato’ Azimi Daim selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja dalam menjayakan temasya golf yang berprestij ini. Saya serta ahli Jawatankuasa Pengelola berharap pertandingan pada tahun ini dapat memenuhi hasrat dan citarasa semua pemain-pemain golf.

Walaupun bukan seorang pemain golf, namun saya penuh yakin sukan golf adalah aktiviti riadah yang amat bersesuaian, terutamanya dalam memupuk silaturahim, yang mengakrabkan lagi hubungan dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Perkhidmatan Keselamatan dengan kehadiran pemain-pemain dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, serta Yang Berbahagia Dato’-Dato’ Bergelar serta bekas Pegawai Kerajaan, Sektor Swasta dan NGO.

Semoga kesempatan yang singkat ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kita membina satu perhubungan yang sihat, di samping memperkukuhkan persefahaman, kerjasama dan semangat setiakawan dalam membantu mencapai matlamat ini.

Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri / Dato’ Seri-Dato’ Seri / Dato’-Dato’ / Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Saya difahamkan juga bagi memastikan perjalanan golf berjalan dengan teratur dan sempurna dari segi penganjuran, memastikan keadaan cuaca dan keadaan ‘fairway’ yang sempurna, khidmat ‘consultant’ hujan telah digunakan. Khabarnya, semua ini diurus oleh broker bomoh hujan, Ustaz Mohd Fadzli Abdul Malim.

Saya percaya semua pemain tadi telah ‘tee-off’ dengan penuh bersemangat pagi tadi, maklumlah masing-masing pasang angan-angan nak bawa balik hadiah ‘hole-in-one’ yang ditawarkan untuk empat lubang par 3. Hebat hadiah-hadiahnya; tiga buah kereta dan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja yang tampil dengan pelbagai hadiah, termasuklah kepada Ahli Jawatankuasa yang turut menderma. Terima kasih daun keladi, lain kali bagilah lagi.

Begitu juga kepada Bina Darul Aman Bhd dan Darul Aman Golf & Country Club, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah yang memberi kebenaran bermain secara percuma. Terima kasih banyak-banyak. Tidak dilupakan kepada Dato’ Izham Yusoff, bos BDB, yang menaja jamuan tengah hari untuk kita semua. Terima kasih Dato’.

Golfers sekalian,

​Sememangnya sudah menjadi adat bertanding; ada yang menang dan ada yang kalah. Bagi saya, bukannya kemenangan walaupun kalau menang lebih ‘syok’, tetapi yang lebih penting ialah kesempatan untuk bermain golf bersama kawan-kawan dalam suasana santai dan penuh mesra. Dalam kesibukan kita, hari ini kita lupakan sejenak tugas-tugas berat di luar sana dan sama-sama nikmati satu ruang waktu yang cukup berharga dan tiada ternilai di sini.

Memandangkan temasya julung kali ini mendapat sambutan yang sangat luarbiasa, maka saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa GOLF MESRA Piala YAB Menteri Besar akan dijadikan acara tahunan. Nak bagi meriah lagi, kita akan buka penyertaan kepada jemputan-jemputan dari luar Kedah. Jika bilangan peserta tinggi, Jawatankuasa Pengelola bersedia untuk menganjurkan pertandingan selama dua hari dengan hadiah-hadiah yang lebih lumayan, in shaa Allah. Mana tahu, kot saya sendiri turun padang nanti, in shaa Allah.

​Sekali lagi, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah menjayakan temasya golf ini. Kepada para peserta, terima kasih…terima kasih…dan terima kasih. Kita jumpa lagi di GOLF MESRA Piala YAB Menteri Besar akan datang, yang lebih hebat dan meriah.

Sekian, Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhtu juga kepada Bina Darul Aman Bhd dan Darul Aman Golf & Country Club, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah yang memberi kebenaran bermain secara percuma. Terima kasih banyak-banyak. Tidak dilupakan kepada Dato’ Izham Yusoff, bos BDB, yang menaja jamuan tengah hari untuk kita semua. Terima kasih Dato’.



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Golf Mesra YAB Menteri Besar Kedah Di jadikan Acara Tahunan - DS Mukhriz Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top