Latest News

Monday 9 November 2015

Kedah Hos Mesyuarat Peringkat Menteri IMT-GT Ke-21 Jumaat


ALOR SETAR, 8 Nov (Bernama) -- Kedah menjadi hos bagi Mesyuarat Peringkat Menteri Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-21 Jumaat ini (13 Nov) di TH Hotel di sini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Dijadual menyertai mesyuarat ialah Menteri Pengangkutan Thai Arkhom Termpittayapaisith, dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Darmin Nasution, kata beliau.

Tujuan mesyuarat itu adalah untuk meninjau kemajuan dan pencapaian dalam enam bidang kerjasama, termasuk perdagangan dan pelaburan, infrastruktur dan pengangkutan, pelancongan, dan produk halal.

Bersempena mesyuarat itu, Pesta Makanan IMT-GT akan diadakan mulai 12 hingga 15 Nov di sini, kata Menteri Besar.

IMT-GT ditubuhkan pada 1933 dengan tujuan memesatkan pertumbuhan dan transformasi ekonomi wilayah kecil IMT-GT berkenaan.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kedah Hos Mesyuarat Peringkat Menteri IMT-GT Ke-21 Jumaat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top