Latest News

Monday 23 November 2015

Kolej Keda diiktiraf potensi tinggi



Majlis graduasi disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


ALOR SETAR - Kolej Keda merupakan Pusat Latihan Kemahiran Vokasional bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) ditauliahkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebuah Pusat Bertauliah.

Pusat Latihan Keda (Pustika) ditubuhkan pada 1989, sebelum penjenamaan semula kepada Kolej Keda pada 2011, pada mulanya menyediakan latihan kemahiran kepada isi rumah terutamanya belia dalam bidang jahitan, masakan dan sebagainya.

Selain menawarkan kursus sepenuh masa, kolej ini turut menyediakan program latihan jangka pendek kepada peserta bagi membantu mereka meningkatkan pendapatan sekaligus keluar daripada kepompong kemiskinan.

Pengurus Besar Keda, Datuk Mohd Arpan Shari berkata, Kolej Keda merancang untuk membuka sebuah pusat latihan cawangan di Sungai Seluang, Kulim bagi menampung keperluan dengan menawarkan kursus kemahiran lebih tinggi.

“Pembukaan cawangan baharu pada Julai 2016 menawarkan kursus kemahiran kepada pekerja industri di kawasan Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) dalam membantu industri melatih lebih ramai tenaga kerja mahir,” katanya.

Menurutnya, Kolej Keda turut membuat permohonan kenaikan tahap kursus sedia ada ke tahap lebih tinggi seperti Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKM).

Mohd Arpan berkata, pihaknya berharap lebih ramai belia seluruh negara menceburi bidang kemahiran memandangkan bidang ini ada potensi tinggi pada masa hadapan.

“Belia perlu rebut peluang mempersiapkan diri dengan ilmu kemahiran kerana selain bekerja makan gaji, ilmu kemahiran dapat menjana peluang keusahawanan. Kolej ini menyasarkan 350 pelajar baharu bagi setiap sesi, iaitu pada Januari dan Julai setiap tahun,” katanya.

Antara kursus ditawarkan, Kursus Teknologi Motosikal, Kursus Teknologi Masakan, Kursus Jahitan Lelaki dan Wanita, Kursus Teknologi Kimpalan dan Arca, Kursus Teknologi Penyejuk-bekuan, Kursus Teknologi Elektrik dan Kursus Teknologi Automotif.

Pelbagai kemudahan disediakan kepada pelajar, antaranya, bengkel bertaraf industri dan mengikut piawaian JPK, kemudahan asrama, elaun sara diri, kafeteria, surau, gelanggang futsal, kemudahan sukan dan rekreasi serta aktiviti kelab/persatuan pelajar.

Kolej Keda bukan sahaja menerapkan latihan kemahiran namun menitik-beratkan sahsiah dan peribadi pelajar kerana nilai tambah itu bakal menentukan kejayaan selepas tamat latihan, antaranya menganjurkan kursus mingguan seperti tahsin al-quran, penyembelihan, smart solat, kursus perkahwinan Islam serta pengurusan jenazah.

Kolej Keda memiliki 650 pelajar terdiri daripada belia antara 18 hingga 25 tahun serta seramai 70 kakitangan.

Setelah 26 tahun penubuhannya, Kolej Keda menempa pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Kolej ini diiktiraf sebagai Pusat Latihan Kemahiran berpotensi tinggi dalam menyediakan tenaga mahir bidang kemahiran, di mana pelajar lepasannya sering mendapat tempat dalam industri.

Ini terbukti melalui pencapaian Out-Come Base Budgeting (OBB) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 2014, apabila mendapat tempat kedua dari keseluruhan agensi.

Antara pencapaian termasuk, memperoleh penarafan empat bintang (2013) sebagai Pusat Bertauliah Cemerlang dan dijangka memperoleh empat bintang dalam penilaian penarafan tahun ini. Turut dinobatkan, Johan Kategori Bangunan Awam Tercantik Kedah 2015 sempena Sambutan Kemerdekaan.

Kolej Keda turut dicalonkan dalam Anugerah Kualiti dan Inovasi KKLW 2015 bagi Kategori Pengurusan Pejabat Cawangan Negeri Terbaik.

Kolej ini turut membuka tempahan kepada orang ramai untuk menjalani kursus, team building dan hari keluarga dengan adanya inapan chalet 40 bilik dan dewan utama


sinar harian
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kolej Keda diiktiraf potensi tinggi Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top