Latest News

Sunday 29 November 2015

Lang Merah Melangkah Ke Separuh Akhir TM Piala Malaysia


Juara Liga Perdana, Kedah mencatat kemenangan selesa 3-1 ke atas PKNS FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk mara ke separuh akhir menerusi keputusan agregat 4-2.

Kedua-dua sebelum ini seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Tiga gol Kedah dijaringkan oleh Chidi Edeh pada minit ke-29, Sandro Da Silva (minit ke-68) dan Muhd Syafiq Ahmad pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Terdahulu, perlawanan berkenaan dicemari dengan aksi kasar antara kedua-dua pasukan sehingga memaksa pengadil, Samsudin Ibrahim melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan PKNS FC, P. Gunalan yang melakukan terjahan keras ke atas Da Silva pada minit ke-86.

Pemain import Kedah dari Brazil itu dianugerahkan pemain terbaik perlawanan berkenaan.




Pahang dijadual menentang Selangor manakala Felda United berdepan Kedah pada aksi separuh akhir yang menggunakan format timbal balik iaitu pada 2 dan 6 Dis ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Lang Merah Melangkah Ke Separuh Akhir TM Piala Malaysia Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top