Latest News

Sunday 29 November 2015

Pengisytiharan Kemangkatan Duli DYTM Raja Muda Kedah oleh YAB MB Kedah



Bismillah Hirrohmanirrohim

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Duli Yang Teramat Mulia, Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Raja Muda telah mangkat pada pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Jenazah Almarhum akan disembahyangkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada hari ini. Ahad 29 November 2015, Jam 1.00 petang.

Jenazah Almarhum DYTM Raja Muda akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir mulai jam 1.30 petang hingga 2.30 petang untuk orang ramai, 2.30 - 3.30 ptg untuk orang kenamaan dan akan dimakamkan di Makan Raja Langgar pada hari ini, Ahad 29 Nov 2015 bersamaab 17 Safar 1437 Hijrah, jam 4.45 petang.

Jenazah Almarhum akan dibawa ke Makan DiRaja melalui jalan-jalan Lebuhraya Darulaman, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Langgar dan Terus ke Makan DiRaja Langgar.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada "Separuh Tiang" selama 3 hari mulai hari ini, Ahad 29 November 2015. Tempoh perkabungan adalah selama 7 hari mulai hari ini, Ahad 29 November hingga Sabtu, 5 Disember 2015. Dalam waktu tersebut, semua bentuk hiburan keramaian dan perayaan adalah DIBATALKAN. Dengan jasa baik, diminta Ketua-ketua Jabatan memberi pelepasan kepada kakitangan masing-masing untuk tujuan ziarah jenazah Almarhum.

Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya mengucapkan takziah kepada seluruh Kerabat diRaja Kedah di atas kemangkatan DYTM Tunku Haji Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga roh Almarhum ditempatkan bersama-sama para shuhadah dan solihin

Amin-amin, Ya Rabbal Alamin..
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pengisytiharan Kemangkatan Duli DYTM Raja Muda Kedah oleh YAB MB Kedah Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top