Latest News

Thursday 26 November 2015

Sandro Da Silva Mendonca Kekal Bersama Skuad Hijau Kuning Musim 2016.



Kehadiran beliau pada awal penampilan sedikit menggusarkan penyokong namun pemain yang lambat panas ini akhirnya membuktikan beliau antara permata skuad hijaukuning dalam membantu kejuaraan Liga Premier tahun ini.

Walaupun menerima tawaran yang agak lumayan dari kelab lain, beliau tetap memilih Kedah dan menandatangani kontrak setahun lagi petang tadi bersama Persatuan Bolasepak Kedah.

Ketika ditemui semalam, faktor utama beliau terus mahu menabur budi bersama skuad Kedah adalah kagum dengan sambutan penyokong di Stadium Darul Aman yang sentiasa penuh dan menyokong skuad hijaukuning.

Kini, fokus Sabtu ini beliau dinanti untuk mengemudi skuad hijaukuning terus beraksi cemerlang bagi menewaskan tuan rumah PKNS FC.

Kelibat beliau pasti antara tarikan Liga Super 2016 nanti.

Semoga nama beliau terpahat antara legenda pemain Brazil bersama skuad hijaukuning.

Ayuh Sandro #50.

Sumber Media KFA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Sandro Da Silva Mendonca Kekal Bersama Skuad Hijau Kuning Musim 2016. Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top