Latest News

Wednesday 18 November 2015

#SidangDunKedah : 90% Perkerja Tempatan Dalam Bandaraya Getah - Ku Abd Rahman


Dalam jawapan dalam sidang dun hari kedua semalam, Pengerusi Jawatankuasa Industri, dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Dato Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail berkata Projek Bandaraya getah dijangka bakal menawarkan 5000 sehingga 10000 peluang pekerjaan dan akan mempertimbangkan 90 peratus darinya akan diisi oleh tenaga kerja tempatan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman semalam.

Beliau berkata definisi pekerja tempatan bukanlah bermaksud hanya pekerja dari kawasan Padang Terap, sebaliknya seluruh penduduk Kedah.

"Kita tak mahu orang Kedah hanya kerja jawatan rendah, kita nak anak Kedah jadi pengurus, pengurus produktiviti, pengurus teknikal, jurutera, yakni kumpulan berpendapatan tinggi atau pengurusan atas". Jelasnya

Kira-kira 600 hektar tanah di Ladang Bukit Ketapang, Padang Terap dijangka dibangunkan untuk projek itu. Pelbagai industri huluan dan hiliran turut dirancang untuk menjadikan kawasan itu maju seperti kawasan perindustrian berteknologi tinggi.

Menurut Ku Rahman, melalui projek Bandaraya Getah, 380 ha ekar ladang di Bukit Ketapang akan dijadikan kawasan perindustrian meliputi Zon A, B, C dan D, zon komersial seluas 12 ha, kemudahan awam (lapan ha), infrastruktur 156 ha, dan lain-lain keperluan.

Jumlah keseluruhan tanah ialah 1500 ekar

Baru-baru ini sewaktu perbentangan Bajet Malaysia 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM320 juta bagi memulakan projek Bandaraya Getah seperti pengambilan tanah dan penyediaan infrastruktur asas.

Ketika menjawab soalan daripada Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) mengenai senarai pelabur dalam projek itu, beliau memberitahu, terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan barang­an berasaskan getah dan beberaapa syarikat lagi berminat untuk melabur di dalam projek tersebut.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #SidangDunKedah : 90% Perkerja Tempatan Dalam Bandaraya Getah - Ku Abd Rahman Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top