Latest News

Friday 20 November 2015

#SidangDunKedah : DS Mukhriz Lawat Bilik Media Sempena Sidang Dun Kedah


Sewaktu hari terakhir Sidang Dun Bajet Kedah 2016, YAB Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir sempat meluangkan masa melawat wartawan-wartawan yang bertugas untuk membuat liputan Bajet dan Sidang Dun Bajet Kedah yang berlangsung semalam empat hari di Dewan Undangan Negeri Wisma Darul Aman.

Bagi memastikan keselesaan wartawan , Pihak Kerajaan Negeri telah menyediakan bilik khas untuk mereka membuat liputan dan sebuah tv si sediakan bagi siaran langsung Bajet dan Sidang Dun. 

Wartawan juga disediakan minum pagi, tengah hari dan petang. Rata-rata pihak wartawan berpuas hati dengan apa yang telah disediakan pihak kerajaan kepada mereka. 

Wifi percuma juga disediakan untuk mereka yang tidak membawa sendiri kemudahan itu. 




Turut melawat bilik wartawan adalah YB Datuk Haji Mohd Tajudin Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kedah dan beliau turut membeli makanan Pizza dan KFC untuk semua wartawan dan mereka yang hadir di luar dewan. 



  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #SidangDunKedah : DS Mukhriz Lawat Bilik Media Sempena Sidang Dun Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top