Latest News

Wednesday 18 November 2015

#SidangDunKedah : Kerajaan Negeri & Persekutuan Berusaha Dapatkan Status ' World Heritage" Untuk SG Batu






Jawapan daripada YB. Dato' Haji Mohd Rawi Abd Hamid 
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah



Sungai Batu 

Dalam usaha memartabatkan warisan Sungai Batu, Pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan sentiasa berusaha untuk mendapatkan status "World Heritage" atau jenis pengenalan ("recognition") daripada pihak UNESCO bagi tapak tersebut sebagai tempat warisan sejarah. 

Usaha ini diteruskan dengan ekskavasi arkeologi dan pengumpulan bahan-bahan artikfak oleh pihak USM untuk memastikan segala maklumat dan fakta berkaitan tapak adalah tepat dan disahkan oleh pakar dan pihak kerajaan Negeri/ Persekutuaan yang terlibat. Segala maklumat dan penemuan ini disahkan, direkodkan dan didokumentasikan untuk melengkapkan data ke arah pengiktiraf UNESCO. 

Bagi tujuan penyelidikan di Sungai Batu, pihak Jabatan Warisan Negara telah memberi kebenaran kepada pihak USM untuk membuat kajian dan penyelidikan dikawasan tersebut yang berkeluasan lebih kurang 31.8721 hektar. 

Pentadbiran dan pengurusan tapak masih lagi dibawah pengurusan Jabatan Warisan Negara dan jumlah asal yang telah diperuntukan oleh JWN untuk tujuan pembangunan Sungai Batu adalah berjumlah RM20 Juta. Namun kos tersebut telah dibelanjakan untuk tujuan pengambilan tanah berjumlah RM13 Juta dan baki lebihan tersebut akan diperuntukan untuk tujuan pembayaran premium tanah dan juga penyediaan infrastruktur di kawasan tersebut.

Sehingga kini terdapat 97 penemuan yang telah ditemui dan berada dibawah tanggungjawab Jabatan Warisan Negara. Pihak USM telah disalurkan peruntukan sebanyak RM4 Juta untuk tujuan penyelidikan yang mengunapakai wang peruntukan Pembangunan dan Kumpulan Wang Warisan Dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, (akta 645).

Bagi peruntukan khusus tahunan untuk tujuan penyelidikan tersebut, pihak Jabatan Warisan Negara akan membuat permohonan RMK-11 kepada pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk pertimbangan selanjutnya.

Pihak Jabatan Warisan Negara telah mengambil keputusan untuk membiayai kos penyelidikan tersebut dan memohon agar pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan Galeri Taman Sejarawan Sungai Batu di Lot 710.

Insiatif permulaan telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang memperuntukan dana sebanyak RM500 Ribu bagi kos penyediaan infrastruktur asas diatas tanah kerajaan LOT 709 & 710 ( bersebelahan tapak ekskavasi Sg.Batu) termasuk kerja-kerja penambunan tanah untuk pembinaan tempat letak kenderaan, tandas, kiosk cenderamata, kaunter tiket, surau dan lain-lain kemudahan yang berkaitan bagi kemudahan pelancong sempena Tahun Melawat Kedah 2016 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: #SidangDunKedah : Kerajaan Negeri & Persekutuan Berusaha Dapatkan Status ' World Heritage" Untuk SG Batu Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top