Latest News

Saturday 21 November 2015

Video Part 2 : Peruntukan Kepada SMPC Jika Mampu - Pergulungan Bajet Kedah 2016


Siri 2 Pergulungan Bajet Kedah 2016 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir yang menjawab isu 'Dana Untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina' yang dibangkitkan wakil rakyat DAP dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah yang berakhir semalam.

Kerajaan Kedah hanya akan memberi peruntukan khas kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sekiranya mampu. Status SMPC sebagai sekolah persendirian adalah jelas, dan kerajaan negeri tidak bertanggungjawab untuk memberi peruntukan kepada sekolah berkenaan, malah SMPC juga tidak tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Mendesak kerajaan adakan peruntukan bagi tujuan itu tiada dalam Perlembagaan. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memang dapat peruntukan daripada kerajaan," katanya

Ketika sesi perbahasan semalam, Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darul Aman) dan Ooi Tze Min (PKR-Bakar Arang) meminta kerajaan negeri memberi peruntukan khas kepada SMPC, seperti dibuat kerajaan sebelum ini.

Menurut Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz lagi isu tersebut tidak seharusnya dipolitikkan pembangkang, sehingga menimbulkan ugutan kepada penduduk di kawasan tertentu untuk tidak mengundi Barisan Nasional (BN), sekiranya mahu SMPC diberikan peruntukan.

"Sebab itu saya katakan dulu, memang jelas terbukti daripada angka-angka keputusan pilihan raya di tempat-tempat ini, sokongan kepada BN jatuh merudum, sampai ke hari ini masih ada lagi ugutan-ugutan itu," katanya ketika menggulung perbahasan bajet Kedah 2016 di Dewan Undangan Negeri Wisma Darul Aman. 



Siri 2 Pergulungan Bajet Kedah 2016 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir yang menjawab isu 'Dana Untuk Sekolah Menengah...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, 20 November 2015
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video Part 2 : Peruntukan Kepada SMPC Jika Mampu - Pergulungan Bajet Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top