Latest News

Wednesday 2 December 2015

Bang Seung Hwan Kekal Bersama Lang Merah 2016



Alhamdulillah, berita yang dinantikan semua pihak!

BANG SEUNG HWAN kekal setahun lagi bersama KFA. Beliau baru sahaja menandatangani kontrak baru selama SETAHUN sebentar tadi dan berita ini bakal mengukuhkan lagi skuad hijaukuning dalam mengharungi Separuh Akhir TM Piala Malaysia 2015 dan persiapan Liga Super 2016.

Segala persiapan berjalan lancar dan usaha mengekalkan Bang Seung Hwan mendapat perhatian pengurusan dan penyokong terutamanya kerana aksi cemerlang beliau mengemudi barisan pertahanan. 

Walaupun dilanda kontroversi baru-baru ini, sikap professional beliau dalam memberi aksi 100% bersama skuad hijaukuning di atas padang tidak dapat dinafikan.
 
Kontroversi tersebut besar hikmahnya dengan perubahan sikap Bang Seung Hwan sendiri dilihat professional mengatasi situasi tersebut dan kini lebih harmoni dalam pasukan, serasi dalam dan diluar padang.


Bakal menjadi legenda skuad hijaukuning yang berasal dari KOREA SELATAN!

sumber : Media kfa 
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bang Seung Hwan Kekal Bersama Lang Merah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top