Latest News

Tuesday 15 December 2015

Discover Kedah 2016



Bagi memperlihatkan khazanah Kedah kepada orang luar, Menteri Besarnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir melancarkan bahan promosi yang dihasilkan khas untuk kempen ‘Discover Kedah 2016’.

Buat permulaan, kempen itu ditujukan kepada warga Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia bagi mendedahkan sejarah, warisan dan tradisi rakyat Kedah.

Dengan identiti ‘Kedah, Malaysia: Where It All Began’, Mukhriz berkata, Kedah negeri yang mengagumkan dan mahu memacu kedatangan pelancong untuk melihat sendiri keindahannya.

“Banyak yang boleh dilihat dan dilakukan di Kedah, tetapi ramai penduduk luar negeri ini, sama ada di Malaysia atau rantau ini, masih tidak menyedari apa yang kami tawarkan khususnya warisan sejarah.


“Pakar kaji purba dan ahli sejarah membuktikan Kedah tapak peradaban atau tamadun tertua di Asia Tenggara dan Kesultanan Kedah antara pemerintahan beraja berterusan tertua di dunia.

“Disebabkan itulah, identiti kempen ini menonjolkan mesej ‘Where It All Began”, katanya.

Menerusi pelancaran ‘Discover Kedah 2016’, selain video pemasaran sepanjang tiga minit, kempen itu juga memperkenalkan laman web ‘Disvover Kedah 2016’ iaitu www.discover-kedah.my dan www.facebook.com/discoverkedah2016 serta medium lain termasuk Instagram Discover Kedah, iklan di majalah dan akhbar, risalah dan bahan promosi.

Menurut Mukhriz, inisiatif pengiklanan, perhubungan awam serta media digital dan sosial diharap dapat menarik pelawat bukan saja dari Malaysia, malah luar negara.

“Kami percaya identiti jenama ‘Discover Kedah 2016’, termasuk pautan visual kepada identiti ‘Malaysia: Truly Asia’, akan menyokong usaha Tourism Malaysia mempromosikan negara ini.

“Langkawi destinasi paling terkenal di Kedah, tapi ada banyak lagi tempat yang menarik untuk dilawati dan layak mendapat pengiktirafan dan promosi,” katanya.

HMetro 


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Discover Kedah 2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top