Latest News

Saturday 9 January 2016

Majlis Pelancaran & Penerangan Semakan Pelarasan Kadar Cukai Sewa Tanah 2015 di Seri Mentaloon.




Antara intipati ucapan YAB MB, beliau menjelaskan bahawa dari analisa yang dibuat oleh Pentadbiran Tanah,bilangan lot yang mempunyai keluasan 10 hektar keatas hanyalah 159 sahaja. 

Ini bermakna hanya sejumlah 159 lot kategori pertanian syarat nyata padi yang terlibat dengan kenaikan kadar cukai sewa tanah pada tahun 2016 iaitu bersamaan dengan 0.14peratus sahaja. Kerajaan meletakkan kadar minima tanah pertanian hanya RM10 per lot.

Bagi lot pertanian selain daripada padi pula,kadar yang dikenakan ialah RM30/hektar bagi lot yang mempunyai keluasan kurang daripada 4.04 hektar.

Kadar ini adalah RM2 lebih rendah daripada kadar rebat 2008 dan RM9 lebih rendah berbanding kadar semasa semakan tahun 2005. 

Bagi keluasan melebihi 4.04 hektar sehingga kurang daripada 10hektar pula kadar semakan 2015 ialah RM50 iaitu kenaikan sebanyak RM5 berbanding dengan kadar rebat 2008, namun masih lagi rendah berbanding dengan kadar semasa semakan tahun 2005 iaitu RM60.

Kenaikan sebenar cukai sewa tanah pertanian adalah kepada pemilik lot yang mempunyai keluasan 40 hektar ke atas. Kadar yang dikenakan ialah RM150/hektar. Kesemua lot pertanian ini dimiliki oleh syarikat atau individu yang menguruskan pertanian secara perladangan.

Hasil daripada semakan yang telah dilaksanakan,Pentadbiran Tanah telah dapat menstrukturkan semula kadarcukai sewa tanah dengan menghasilkan pertambahan cukai sewa tanah sebanyak RM94 juta setahun.

Pertambahan yang ketara adalah sumbangan kategori industri iaitu pertambahan sebanyak RM24,458,331.00 diikuti dengan kategori pertanian sebanyak RM21,598,423.00, yang datangnya daripada pertanian berskala besar.

Bagi kadar cukai sewa tanah untuk industri pula,Kerajaan meletakkan kadar yang berbeza untuk industri yang mempunyai keluasan kurang daripada 2hektar.

Kebanyakan industri kecil dan sederhana beroperasi di lot-lot yang keluasannya kurang daripada 1,000 meter persegi. Walaupun Kerajaan menaikkan kadar cukai lot industri sederhana daripada 15 sen/meter persegi kepada 40 sen/meter persegi, namun kadar minima adalah
dikekalkan iaitu RM400/lot. Ini bermakna, kebanyakkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)akan kekal menikmati bayaran minima seperti tahun-tahun yang lepas.

Berdasarkan data yang diberikan oleh Pentadbiran Tanah, sejumlah 8,065 lot industri yang beroperasi di atas tanah yang mempunyai keluasan kurang daripada 1,000 meter persegi. Ini bermakna kesemua lot industri ini akan terus menikmati kadarminima RM400 per lot untuk setahun.

Kadar cukai lot industri di Negeri Kedah adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan kebanyakan negeri lain disemenanjung. Kebanyakan negeri telah meletakkan kadar cukai
lot industri melebihi RM1,namun kita masih mengekalkan kadar cukai lot industri di bawah paras RM1. 

Kadar yang kita kenakan selama ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Perlis.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Majlis Pelancaran & Penerangan Semakan Pelarasan Kadar Cukai Sewa Tanah 2015 di Seri Mentaloon. Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top