Latest News

Monday 4 January 2016

SG Batu 500BC Tempat Sejarah Yang Patut Dilawati Di Kedah #DiscoverKedah2016



Sungai Batu, merupakan satu kawasan yang terletak di kawasan Merbok sebenarnya telah tersimpan satu sejarah tamadun berharga bagi Negeri Kedah yang patut dilawati sempena #DiscoverKedah2016,

Di kawasan tersebut pada dahulu kala sebenarnya telah wujud sebuah tamadun yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali tamadun 'Kedah Tua' .

Untuk pengetahuan , kewujudannya tamadun 'Kedah Tua' lebih tua dari kewujudan Angkor Wat di Kemboja yang dibina pada pertengahan abad ke 12 dan lebih tua kewujudannya dari Candi Borobudur yang dibina pada 750 hingga 850 Masihi.

Melalui kajian bukti-bukti yang diperolehi, sejarah tamadun Kedah Tua yang terletak di Sungai Batu, Merbok itu telah wujud sejak 500 Sebelum Masihi lagi. Ternyata ianya satu tamadun yang kita rakyat Malaysia amnya dan rakyat Kedah khususnya patut banggakan.

Saksikan video yang menceritakan kehebatan tamadun 'Kedah Tua' yang patut anda datang dan lihat sendiri dihadapan mata.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: SG Batu 500BC Tempat Sejarah Yang Patut Dilawati Di Kedah #DiscoverKedah2016 Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top