Latest News

Thursday 14 January 2016

Video : Kedah Berazam Lahirkan Lebih Ramai Nicol David - Mukhriz Mahathir



#Video sidang media YAB MB semasa mengadakan pertemuan dengan juara Skuasy bawah 15 tahun British Open, Adik Aifa Azman dan atlit rakan berpasukannya yang mengharumkan nama Malaysia serta negeri Kedah khususnya diperingkat antarabangsa.

Dalam sidang media tersebut YAB MB memaklumkan bahawa kerajaan negeri berazam melahirkan lebih ramai atlit Skuasy seperti Datuk Nicol David di Kedah dalam masa yang sama. YAB MB turut akui bahawa prasarana gelanggang skuasy yang ada kini di Kedah berada dalam serba kekurangan.

Walau prasarana dalam serba kekurangan, YAB MB mengucapkan tahniah kepada jurulatih skuasy negeri, Cheong Pak Kau kerana dengan pendekatan yang digunakannya (dalam serba kekurangan) telah membuat pasukan bimbingannya begitu cemerlang di pentas antarabangsa.

Bagi mengatasi masalah tersebut (diperingkat awal cadangan), satu kompleks skuasy berkapasiti 10 gelanggang telah dicadangkan Persatuan Skuasy Kedah dan YAB MB akan bawa cadangan tersebut ke mesyuarat Exco dalam masa terdekat seterusnya dipanjangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menurut YAB MB kompleks itu sangat diperlukan memandangkan prestasi pemain negeri itu yang begitu memberangsangkan bukan sahaja di peringkat dalam Malaysia malah juga pentas antarabangsa.

Selain itu dalam sidang media tersebut, YAB MB turut memaklumkan bahawa mulai tahun ini atlet yang disasar menyumbang pingat emas di Sukan Malaysia, akan menerima RM500 sebulan, RM300 sebulan untuk atlet bakat (sasaran pingat SUKMA dan masih bersekolah) manakala RM100 sebulan untuk atlet pelapis di bawah Skim Kecemerlangan Atlet Negeri Kedah.

- Untuk makluman sepenuhnya, saksikan video sidang media YAB MB


#Video sidang media YAB MB semasa mengadakan pertemuan dengan juara Skuasy bawah 15 tahun British Open, Adik Aifa Azman...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, 13 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Kedah Berazam Lahirkan Lebih Ramai Nicol David - Mukhriz Mahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top