Latest News

Saturday 16 January 2016

Video : Masjid Al-Fateh Perintis Projek Sistem Tenaga Solar Di Kedah



Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid Al-Fateh, Bandar Baharu.

Projek ini merupakan perintis Projek Sistem Tenaga Solar di bawah Agenda Hijau Kedah yang dilancarkan 18 Oktober tahun lalu.

Projek ini merupakan projek cetusan ilham Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Tinggi, Sains dan Inovasi negeri, YB Dato' Norsabrina Mohd. Noor yang mendapat sumbangan syarikat pengeluar panel solar terkemuka dunia, First Solar dengan kos RM107,000.


YAB MB amat teruja dan gembira dengan kejayaan ini. Bagi YAB MB, ini merupakan antara langkah terpenting dalam memastikan Kedah muncul sebagai antara pelopor teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Agenda Hijau Kedah.

YAB MB juga harap penggunaan panel solar seperti ini dapat diperluaskan lagi di rumah ibadat, bangunan kerajaan negeri, swasta dan pelbagai premis lain kerana penggunaannya tidak hanya boleh menjana pendapatan malah turut mendatangkan kesan lebih baik kepada alam sekitar.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah, Datuk Zahari Ismail, Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong; serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim.

Untuk makluman, sistem yang dipasang ini mampu menjana sehingga 46 kilowatt per jam (kWh) sehari bersamaan 16,790 kWh setahun serta mampu menjana pendapatan bersih kepada masjid menerusi kaedah Feed-in-Tariff (FiT) selama 21 tahun sebanyak RM390,000, bermula bulan ini.

Selain itu YAB MB turut memberitahu, setakat ini kerajaan negeri sedang menilai beberapa kertas cadangan oleh beberapa pihak bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar di bangunan kerajaan di negeri ini.



#Video Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 16 January 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Video : Masjid Al-Fateh Perintis Projek Sistem Tenaga Solar Di Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top