Latest News

Monday 29 February 2016

Ayahanda Tun Mahathir Umum Keluar UMNO!



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Malah beliau berkata, beliau berasa bangga untuk melakukan perkara ini.

Bila ditanya mengenai Tan Sri Muhyiddin, beliau berkata, beliau berharap Muhyiddin akan melakukan perkara yang sama.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Ditanya mengenai parti baru, Tun Mahathir tidak menjawab soalan demikian. Walaubagaimana pun, beliau kali ini tekad untuk jatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. memudahkan beliau berkata saya boleh menyokong mana2 wadah politik asalkan menentang UMNO di bawah Najib... paling baguih kalau ada parti politikbyang ingin meningkat beliau sebagai president kalau pun bukan sebagai penasihat..... baguslah.... selumbar telah keluar sendiri

    ReplyDelete

Item Reviewed: Ayahanda Tun Mahathir Umum Keluar UMNO! Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top