Latest News

Friday 26 February 2016

Ustaz Kazim Perlu Rehat Dakwah 3 Bulan


IPOH – Selepas hampir 10 hari menerima rawatan, pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias dijangka dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Ipoh (KPJ), esok.

Beliau yang selamat menjalani rawatan angiogram kedua bagi memulihkan saluran arteri yang tersumbat di hospital berkenan, Rabu lalu sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

Abang sulungnya, Datuk Kapten (B) Mohd Najmuddin berkata, selepas tempoh 48 jam daripada rawatan itu, Ustaz Kazim sudah boleh berjalan secara perlahan-lahan.

“Secara keseluruhan, tahap kesihatannya semakin pulih, alhamdulillah kami sekeluarga sangat gembira, ini semua berkat doa daripada peminat dan penyokong Ustaz Kazim yang mahu melihat dia segera pulih,” katanya.

Beliau berkata, doktor memberikan tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Ustaz Kazim kembali aktif sebagai penceramah.

“Sekarang ni dia tak boleh cakap banyak sangat, nak gerak banyak pun tak boleh, selepas tiga bulan jika tahap kesihatannya bertambah baik, barulah dia dibenarkan kembali aktif, itupun mungkin dalam suasana yang terbatas,” katanya.

Minggu lalu, Ustaz Kazim menjalani rawatan angiogram pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), sebelum prosedur sama dibuat di KPJ.

Ia berikutan terdapat tiga saluran arteri jantung yang tersumbat yang dikesan selepas beliau mengadu sesak nafas ketika berceramah di Bachok, Kelantan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Ustaz Kazim Perlu Rehat Dakwah 3 Bulan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top