Latest News

Wednesday 4 May 2016

Kenapa Saya Saman Datuk Tengku Sariffudin SUA Najib Razak? - @MukhrizMahathir


Kenapa Saya Saman Datuk Tengku Sariffudin SUA Najib Razak? - Mukhriz Mahathir..

Nak tahu kenapa dan sebab apa, tonton video ini.

Baca kenyataan akhbar dari Dato Seri dahulu,

--------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR


1. Pada hari ini, Selasa 3 Mei, 2016, saya telah menyaman dan membuat tuntutan gantirugi terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri atas beberapa kenyataannya yang bersifat fitnah terhadap Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan saya.

2. Melalui empat kenyataan, Tengku Sariffuddin telah memberi gambaran seolah-olah saya adalah seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan Rakyat, sanggup bersubahat dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin semata-mata untuk menjatuhkan Kerajaan dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada jawatan Perdana Menteri supaya saya sendiri boleh mengambilalih jawatan tersebut, dan bahawa setiap tindakan politik saya termasuk dalam menawarkan diri bertanding dalam pemilihan UMNO adalah juga untuk tujuan menjadi Presiden UMNO yang dikatakan menjamin jawatan Perdana Menteri.

3. Saya dengan sekeras-kerasnya menyangkal dakwaan tidak berasas dan fitnah Tengku Sariffuddin tersebut. Tidak pernah berlaku sebarang konspirasi antara mana-mana pihak dengan saya untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib untuk tujuan menaikkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dengan syarat Tan Sri membimbing saya untuk mengganti beliau di jawatan tersebut kemudian.

4. Tuduhan liar Tengku Sariffuddin bahawa inilah niat sebenar Tun Mahathir juga tidak masuk akal kerana jika ianya benar, tentu sekali Tun Mahathir boleh terus melantik saya atau membantu dalam karier politik saya sewaktu beliau masih Presiden UMNO dan Perdana Menteri selama 22 tahun. Tidak munasabah beliau hanya mempunyai niat tersebut setelah bersara dari jawatan tertinggi parti dan negara selama 13 tahun.

5. Juga tidak berasas tuduhan Tengku Sariffuddin bahawa saya bertanding jawatan Naib Presiden semata-mata untuk merealisasikan cita-cita saya yang satu, iaitu untuk menjadi Presiden dan Perdana Menteri. Umum mudah memahami bahawa terdapat tiga jawatan Naib Presiden UMNO dan proses untuk naik sebagai Timbalan Presiden dan Presiden perlu melalui pemilihan parti terdahulu, sekaligus menidakkan dakwaan bahawa kenaikan dari jawatan Naib Presiden kepada Presiden itu suatu proses yang mudah dan automatik.

6. Juga, dakwaan Tengku Sariffuddin bahawa jawatan Presiden UMNO menjamin jawatan Perdana Menteri menunjukkan betapa ceteknya pemahaman beliau mengenai Perlembagaan Persekutuan. Hanya Ahli Parlimen yang menikmati sokongan terbanyak dalam Dewan Rakyat yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri. Tiada jaminan bahawa jawatan itu bersifat eksklusif kepada Presiden UMNO sahaja walaupun sehingga kini memang keenam-enam Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO. Jangan pula didakwa oleh beliau bahawa saya tidak ingin melihat seseorang Presiden UMNO terus menyandang jawatan Perdana Menteri.

7. Jelas sekali, semua tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan fitnah yang dilemparkan oleh pegawai-pegawai dan konco-konco Dato' Seri Najib adalah tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengaburi mata dan mengalih perhatian Rakyat dari penyelewengan yang melibatkan Dato' Seri Najib melalui skandal 1MDB dan SRC International, dan kemasukan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

8. Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik kotor ini. Kenyataan-kenyataan jahat yang dibuat oleh orang suruhan Dato' Seri Najib terhadap pihak-pihak lain termasuk saya tidak akan melepaskan beliau dari bertanggungjawab terhadap segala kesalahan yang telah dilakukannya.

9. Melalui Deklarasi Rakyat, Rakyat mulai bersuara untuk menyelamatkan negara dari penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berskala besar yang dilakukan oleh Dato Seri Najib. Saya bersama Rakyat dalam menuntut agar beliau undur segera daripada jawatan Perdana Menteri.

Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir
Adun Ayer Hitam
3hb Mei 2016

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

1 comments:

  1. Dalam keluarga ada yang pandai ada yang kurang pandai ada yang berjaya ada yang kurang nak berjaya. Dalam kes ni.... makhluk tang sorang ni bukan kurang pandai tetapi bodoh.... bukan kurang berjaya TAPI selalu GAGAL.≡Menu
    MUKHRIZ GUNA MAHKAMAH UNTUK TUTUP MULUT MUSUH POLITIKNYA
    Disediakan oleh Khairuddin Halim a day ago - 6 Ulasan
    mukhriz-tengku-sarifuddin

    KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana memfitnahnya.

    Ini adalah berkaitan dengan empat kenyataan media Tengku Sharifuddin yang dikeluarkannya antara 15 April dan 26 April.

    Saman itu difailkan di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Haniff Katri and Co.

    Kenyataan itu mendakwa Mukhriz, selaku bekas menteri besar Kedah, berkomplot bersama bapanya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjatuhkan kerajaan yang sah.

    Mukhriz mendakwa kenyataan itu mencadangkan bahawa beliau akan diberikan jawatan perdana menteri sebaik sahaja Muhyiddin berundur selepas menggantikan Najib.

    Bekas menteri besar itu mendakwa empat kenyataan Tengku Sariffuddin memberi gambaran seolah-olah beliau seorang yang gila kuasa, hanya mempunyai motif untuk menjadi perdana menteri tanpa sebarang pertimbangan terhadap kepentingan rakyat.

    Menurut Mukhriz, kenyataan itu juga seolah-olah menggambarkan bahawa beliau mengamalkan politik kotor, bertindak mengikut telunjuk bapanya dan seorang yang tidak memiliki prinsip dan tidak bermoral.

    Sehubungan itu, Mukhriz menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi berterusan yang akan dinilai oleh mahkamah.

    Beliau juga memohon injunksi bagi menyekat Tengku Sarifuddin daripada mengeluarkan sebarang kenyataan media yang sama.
    FACEBOOK TWEETER GOOGLE+ PINTEREST
    NEXT »
    Khidmat Polis Pengiring Untuk Mahathir Sepatutnya Sudah Lama Dihentikan
    ARTIKEL BERKAITAN






    6 ulasan

    Tanpa Nama4 MEI 2016 6:03 PG
    sudah sudah le tu boboi...ikut jer style Anuar Ibrahim....jelas dan terang terangan nak jadi PM....kan senang....
    kalau tak nak jadi PM kenapa dulu bertanding post vice president..?? ko nak jadi apa kalau menang post VP tu...???? nasib baik ko kalah... tu pasal bapak ko mengamuk satu Malaya...sebab ko failed bertanding....ko mana ada aura nak jadi PM....jadi MB kedah pun ko failed....setakat jadi MB remote control buat apa...???? 2-3 hari di kedah, 3-4 hari di KL....balik kedah berlagak warak bagai...pakai jubah le, pakai kopiah le....orang kedah bukan bodoh...yg bodoh terpesona dengan penampilan warak tu pun bukan orang lama kedah...tapi budak budak muda baru lepas bercerai susu dan baru belajar nak pakai lampin jer yg percaya dgn ko.....

    BALAS
    Balasan

    Tanpa Nama4 MEI 2016 9:06 PG
    Lebih baik dari AhJibNgok yang kata nak saman WSJ tapi... tapi... tapi.. AKAK KAU PUNYA LAKI!!!


    Tanpa Nama4 MEI 2016 8:50 PG
    ini betul2 saman, bukan yg satu tu nak saman hari Selasa, dah beratus Selasa lepas tak juga saman...puiihhhh..

    BALAS
    Balasan

    Tanpa Nama4 MEI 2016 9:10 PG
    Betol tu Bro!!!

    Dorang tu semua kan puak Bangang.. Bingai... Goblog dan tolong sambongkan


    Tanpa Nama4 MEI 2016 9:06 PG
    tunggu punya tunggu..... last2 perangkap dipasang dimasuki kambing belaan sendiri..... nak tau kenapa aku cakap macam tu?... sebenarnya depa ni semua dah lama tertunggu2 Dan terbangak2 mengharap Najib mulakan saman secara besar2an terhadap ramai orang termasuk WSJ lah Dan banyak lagi sebab mereka nak mulakan "tuduhan" bahawa Najib nak tutup mulut pengkritik Dan media untuk menyelamatkan diri..... last2 kambing bodoh ni yg terjun perangkap dulu.... tu tengah terkebil2ah tu..... bodoh jerkan.

    ReplyDelete

Item Reviewed: Kenapa Saya Saman Datuk Tengku Sariffudin SUA Najib Razak? - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top