Latest News

Monday 27 October 2014

Litar Kedah Jadi Kenyataan


 Seperti yang dijanjikan, Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menandatangani MOU dengan Sepang International Circuit untuk bina litar lumba antarabangsa di Kedah.

Litar lumba merupakan satu janji BN Kedah pada PRU yang lepas. Malah ianya kesinambungan janji dari kerajaan sebelum itu.

Insyallah Kerajaan negeri yang ada sekarang ni akan tunaikan janji secara berperingkat. Bukan mudah nak laksanakan projek mega. Sumber kewangan juga perlu kukuh.

Mengikut maklumat yang admin dapat, litar lumba ini bercirikan semua jenis track termasuk motorspot.

Selepas ini Kedah akan ada litar taraf dunia yg kedua di Malaysia. Malah akan ada pusat akademik utk melatih pelumba profesional.

Boleh la Mat Rempit yg ketagih merempit tu diajar cara yg betul-betul untuk merempit. Kali ni merempit diatas track dgn ciri-ciri keselamatan yang betul.

Siapa tahu, dari lumba jalanan, boleh ke The Speedway Great Britain. kann?
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: Litar Kedah Jadi Kenyataan Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top