Latest News

Thursday 20 November 2014

#BajetKedah2015: YAB MB Mahu Sokongan Semua Untuk Bangunkan Negeri! - @MukhrizMahathir



Adun Ayer hitam (Menteri Besar Kedah)

Beliau menerangkan mengenai defisit Rm60 juta, sebenarnya ianya akan menjadi lebih mudah jika KUIN tidak mempunyai hutang dengan jumlah yang besar. Kerajaan terpaksa membayar, RM45 juta setahun. Sepatutnya kerajaan negeri ada lebihan kewangan, tetapi kini terpaksa dihabiskan dengan membayar hutang.

Bukan niat untuk mengungkit, hutang KUIN tetap akan dibayar, tetapi jika tiada hutang ianya boleh digunakan untuk kebajikan rakyat Kedah. Malah Menteri Besar meminta pihak semua berfikiran positif dan menyokong kerajaan dalam isu KUIN ni.

GLC

Menjawab soalan pihak pembangkang,

Bajet negeri tidak termasuk dengan bajet GLC, ianya diasingkan, malah bajet PBT pun tak dimasukkan dalam bajet negeri. Kerana kedua-duanya mempunya bajet yang tersendiri.

PELABURAN DAN MRO

MRO ialah syarikat yang membuat penyelenggaraan kapal terbang, jika dibuka di Kedah, maka lebih banyak peluang pekerjaan akan ditawarkan.

Banyak IPT dan pusat pengajian menawarkan ijazah dan diploma dalam jurusan penerbangan dan ramai anak-anak muda Kedah yang berminat menceburkan diri.

Tetapi bila habis belajar, permintaan terhadap pekerjaan terbabit hanya kecil.

Di ni Kedah pekerjaan berkurangan tetapi bekalan banyak, akhirnya ramai yang tiada pekerjaan. Jadi Kedah MRO yakin akan dapat memberi peluang kepada pekerja yang menganggur dan membuka peluang pekerjaan dengan lebih besar.

Malah Malaysia akan ada kelebihan teknologi yang lebih tinggi dan Kedah juga akan lebih cemerlang dengan adanya MRO.

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kerajaan negeri lebih memberi perhatian terhadap pembangunan modal insan, dan mahu memberi semua orang mendapat peluang pekerjaan. Anak-anak muda kita perlu lebih bersedia untuk penuhi setiap peluang pekerjaan profesional seperti jurutera, juruteknik dan lain-lain.

Disebabkan perkara tersebut, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk melabur dan tingkatkan keupayaan dalam subjek yang ada disekolah dan kuasai subjek-subjek penting dengan baik.

Kerajaan negeri melabur untuk masa depan anak-anak kedah tanpa mengira kaum dan agama. Pendidikan diberi sama rata tanpa mengira kaum, sesiapa saja yang mengikuti program 'mind mapping' ini akan mendapat manfaatnya. Dengan program ini anak muda akan jadi begitu proactive.

KAWASAN TADAHAN AIR

Pada zaman pemerintahan BN, Cherok Genting Bunga, Cherok Batang Padi merupakan kawasan tadahan air hujan untuk Empangan Pedu. Kemudian selepas pemerintahan Pakatan Rakyat, tempat yang dulunya kaya dengan balak dan pokok besar, tetapi kini habis licin ditebang.

Disebabkan itu, tempat itu kini tidak lagi menjadi kawasan tadahan hujan sebab ianya sudah kotor, terhakis malah hujan juga tak lagi turun dikawasan tersebut, disebabkan tiada pokok besar dan hutan tebal.

KUARI PASIR

Menjawab soalan pihak pembangkang,

Kerja-kerja kuari pasir di Sedim telah ditutup dengan rampasan deposit.

ISU RUMAH RASMI

MB juga sempat berseloroh dengan berkata, sebelum ini ada blog Pas Kedah yang mencabar beliau jika mampu duduk di rumah rasmi Menteri Besar selama sebulan, depa akan tabik pada beliau.

Sehingga kini, sudah 3 bulan.. siapa yang nak tabik tu?

Mengenai ISU penambahbaikan rumah Rasmi MB di Sri Mentaloon.

Sebenarnya, kontraktor dipilh secara tender terbuka dan kontraktor yang memberikan sebut harga yang terendah, sudah tentu berjaya mendapat tender tersebut. Apa yang menarik, syarikat yang membuat penambahbaikan rumah rasmi itu, dimiliki oleh abang ahli parlimen Pokok Sena.

MENTERI BESAR PALING POPULAR

YAB MB merendah diri dan berkata beliau hanya bekerja di negeri kecil dan masih baru, beliau juga perlu lebih berusaha lebih lagi. Segala yang dilakukan hanyalah untuk rakyat dan ianya bukan kerja yang mudah.

Kata beliau

"Kita nak buat lapangan terbang pun perlu fikir dan kaji betul-betul, saya amat berharap mendapat sokongan dari semua pihak."

Akhir sekali Menteri Besar mengucapkan terima kasih kepada semua kerana berbahas dengan baik dan perkara yang tidak dijawab didewan, akan dibawa dalam mesyuarat kelak.

Sekian Terima Kasih..

P/s: Point dari YAB MB.. olahan dari admin..

#MMFC #AdunAyerHitam #MBKedah
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #BajetKedah2015: YAB MB Mahu Sokongan Semua Untuk Bangunkan Negeri! - @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top