Latest News

Thursday 13 November 2014

#Kedah akan lahirkan berpuluh lagi Farhan Pada masa hadapan..


Petang tadi Presiden KFA, Dato Seri Hj Mukhriz turun ke padang latihan pasukan Piala Presiden Kedah, mengikuti latihan dan perkembangan pasukan terbaru.

Mengikut maklumat yang kami dapat dari pengurus pasukan En. Anas Mustaffa, pasukan ini sudah diperingkat terakhir untuk disiapkan bagi menghadapi perlawanan sebenar.

Dari ribuan yang hadir pemilihan, kini tinggal 60 orang. 60 ini akan ditapis lagi untuk mencari yang terbaik untuk Kedah.






Kedah kembali menghimpunkan pemain muda Kedah yang dulunya berhijrah ke negeri lain. Perancangan yang amat teliti terhadap pasukan pelapis ini menandakan Kedah benar-benar serius untuk menjadi kuasa bola sepak di Malaysia semula.

Jika hari ini Farhan bekas pemain piala presiden dinobatkan pemain muda terbaik liga Malaysia. Mengikut kata-kata Presiden KFA,

"Kedah bersedia melahirkan berpuluh lagi Farhan untuk masa hadapan"

#HanyaDiKedah #MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MBmesraRakyat #Kedah #AlorSetar #KedahRules #ThisIsDarulaman
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments
Item Reviewed: #Kedah akan lahirkan berpuluh lagi Farhan Pada masa hadapan.. Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top