Latest News

Sunday 9 November 2014

Tok Guru Pondok Sokong Kerajaan Negeri Perkasakan Ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Tekun dan khusyuk..

Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mendengar butir-butir, ucapan pembukaan dari Tok Guru Hj Abdul Rahim pengasas Pondok Mujamma' Ibn Sunni li al-Talaqqi Sg Jagung, #Pendang.

DSMM dijemput untuk merasmikan upacara perasmian penutup Wacana Pencerahan Tasawwur Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Permerkasaan Mazhab Al Syafie.

Disamping menyampaikan bantuan sumbangan tahunan kepada 11 pondok yang berdaftar dengan kerajaan negeri Kedah.

Wacana ini menghimpunkan tok-tok guru pondok dari seluruh #Kedah, membicarakan mengenai permasalahan umat Islam di Kedah, Malaysia hatta dunia, malah cara memperkasakan lagi aliran ajaran ahlul sunnah wal jamaah di Malaysia bagi masa mendatang.

Tok Guru Hj Abdul Rahim dalam ucapan, berkata beliau sangat terharu dan terima kasih kepada DSMM kerana banyak membantu pondok beliau dan jemaah yang lain dalam memperkasakan pengajian pondok di Kedah.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Tok Guru Pondok Sokong Kerajaan Negeri Perkasakan Ajaran Ahlul Sunnah Wal Jamaah - @MukhrizMahathir #KedahSerataRata Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top