Latest News

Tuesday 2 December 2014

Pasangan Tionghua Kahwin Mengikut Adat Melayu?




Kenangan manis yang tidak dapat dilupakan penduduk Kampung Alor Rambai, Kepala Batas Alor Setar apabila satu pasangan pengantin Tionghua memilih konsep perkahwinan adat Melayu bagi upacara perkahwinan mereka berdua.

Bagi bapa kepada pengantin lelaki, Soo Lian Heng, 58 berkata majlis perkahwinan anaknya yang berkonsepkan adat Melayu telah lama dirancang bersama keluarga dalam usaha merapatkan lagi hubungan keluarganya bersama penduduk kampung yang terdiri daripada kaum Melayu.

Pemilik kedai runcit itu berkata rancangan itu diterima baik oleh keluarganya dan keluarga pengantin perempuan, rakan serta jiran.

"Saya berterima kasih kepada rakan dan jiran bagi sokongan kepada saya. Tanpa sokongan mereka kenduri kampung ini tak akan berjaya,"
Pasangan itu Soo Sheng Leng, 28, begitu segak mengenakan baju Melayu bersamping dan songkok, sementara isterinya Goh Sok Chin, 27, cukup tampan dengan kebaya Kedah.

Kedua-duanya yang langsung tidak menampakkan rasa kekok, menyerikan lagi majlis perkahwinan berkonsepkan gotong-royong masyarakat Melayu.

Kira-kira 3,000 saudara mara, rakan dan jiran meraikan pengantin.

Pengantin lelaki Soo, pekerja sebuah syarikat swasta di Kulim itu berkata pada mulanya dia agak terkejut dengan rancangan bapanya itu namun tidak membantah.

"Saya amat bangga sebagai rakyat Malaysia. Saya dapat berkongsi kegembiraan ini bersama isteri, keluarga dan penduduk kampung," katanya.

Bercakap mengenai baju kebaya Kedah yang dipakainya, Goh berkata, "Saya sangat teruja dan ini kenangan manis dalam hidup saya dan suami.

"Pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila,"

Bagi penulis, perkara ini amat baik untuk perpaduan penduduk berbilang kaum di Malaysia, satu contoh terbaik bagi kita semua. Tahniah kepada pengantin dan keluarga

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pasangan Tionghua Kahwin Mengikut Adat Melayu? Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top