Latest News

Saturday, 13 December 2014

Pembukaan Tesco Jitra Merangsang Ekonomi Setempat


Jitra - Pembukaan Tesco di Jitra memberi peluang pekerjaan kepada lebih 200 orang rakyat kedah terutama di daerah Jitra dan meransang ekonomi negeri Kedah.

YAB. Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir semasa merasmikan majlis pelancaran Tesco Jitra mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tesco Malaysia diatas pembukaan Pasaraya Tesco ini dimana ia merupakan cawangan ke-50 di seluruh negara.

Pasaraya Tesco Jitra merupakan yang keenam di Kedah Darul Aman selepas dua cawangan di Sungai Petani, Kulim serta di Mergong dan Stargate di Alor Setar.

Pembukaan Tesco Jitra ini, memberi banyak peluang kepasa peniaga kecil untuk membeli barangan secara borong dengan lebih murah pada harga kompetitif.

Penduduk Jitra serta pelajar-pelajar dari institusi pendidikan yang terdekat juga dapat membeli barangan keperluan pada harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan barangan.

Di Tesco juga usahawan-usahawan kecil dan sederhana dapat memasarkan barangan mereka. Pihak Tesci telah lama membantu pengusaha dan peniaga PKS untuk mempromosikan barangan mereka di Tesco.

Tesco telah memperkenalkan produk Malaysia di peringkat antarabangsa melalui progran 'Taste Of Malaysia' yang membawakan barangan tempatan ke negara luar untuk dikomersialkan.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020, industri peruncitan memainkan peranan penting dalam menyokong dan merealisasikan matlamat tersebut.

Rakyat Kedah juga diharap mendapat menfaat pembukaan pasaraya Tesco dan secara tidak langsung bakal menarik minat lebih banyak pelabur untuk datang dan melabur di negeri ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Pembukaan Tesco Jitra Merangsang Ekonomi Setempat Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top