Latest News

Wednesday, 10 December 2014

Transformasi Pekan Rabu Menuju ke Wawasan baru.. @MukhrizMahathir

Ini bentuk asal..

Pekan Rabu baru..

Pekan Rabu merupakan satu nama besar dalam bidang perniagaan orang melayu. Tempat yang dibuat khas untuk membangunkan ekonomi melayu di dalam bandar Alor Setar. Bagi orang luar, Pekan Rabu umpama tempat wajib lawat sebelum pulang, untuk membeli buah tangan, seperti kuih-muih dan barangan yang tidak terdapat dinegeri lain.

Bagi orang Alor Setar sendiri, sudah tidak ramai yang masuk ke Pekan Rabu, untuk membeli belah. Kalau dikunjung pun hanyalah setahun dua kali, untuk mencari baju  atau kuih raya. Remaja atau orang muda, jangan haraplah. Bagi mereka, Pekan Rabu tidak mesra untuk menarik pelanggan, kerana persekitarannya yang gelap, sempit dan tidak terurus.

Bagi memartabatkan imej Pekan Rabu, sekaligus mengangkat nama negeri Kedah sendiri. Kerajaan Negeri Kedah memohon kepada Kerajaan Pusat untuk mengubahsuai Pekan Rabu, menjadi tempat perniagaan yang selesa, sesuai dengan namanya yang tersohor diserata Malaysia.

Dengan usaha semua pihak, akhirnya peruntukan RM60 juta telah diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk mengubahsuai bangunan Pekan Rabu menjadi pusat perniagaan moden dan selasa, selari dengan peredaran zaman.

Idea membaikpulih atau mengubahsuai Pekan Rabu ini, sebenarnya telah disuarakan oleh Ayahanda Tun Dr Mahathir, semasa beliau singgah membeli di Pekan Rabu dalam beberapa tahun yang lepas. Namun Usaha untuk membaiki Pekan Rabu ini tergendala apabila ada penentangan diantara peniaga dan ahli koperasi sendiri.

Untuk mencari jalan terbaik, Kerajaan Negeri berbincang dengan Lembaga Koperasi Pekan Rabu, lalu membuat keputusan untuk meneruskan idea membaikpulih, kerana struktur bangunan dan bumbung yang ada sekarang, sudah terlalu lama dan tidak selamat. Jika hendak dibaiki itu sahaja pun, memakan kos yang tinggi, malah peniaga juga perlu berpindah keluar untuk sementara.

Jadi dengan peruntukan yang telah diamanahkan. Kerajaan Negeri bercadang untuk terus melaksanakan pengubahsuaian Pekan Rabu yang boleh dikatakan seratus-peratus bertukar wajah, menjadi bangunan perniagaan serba moden, berhawa dingin dan selesa kepada pelanggan. Paling penting, persekitaran yang selamat untuk membeli-belah.

Pelbagai aspek telah dikaji sebelum memindahkan peniaga, antaranya lokasi bangunan asal Pekan Rabu dengan tapak sementara tidak terlalu jauh. Pelbagai cadangan telah dikemukakan, akhirnya setelah ditimbang tara sebaik mungkin, Ukir Mall menjadi lokasi paling sesuai untuk menjadi pusat pemindahan sementara peniaga Pekan Rabu.

Mungkin pada mulanya ada kesulitan untuk peniaga berpindah ke tempat baru. Namun itu hanyalah sementara. Jika diteliti dari sudut keselesaan, Ukir Mall didalamnya berhawa dingin, jauh lebih selesa dari Pekan Rabu lama. Persekitarannya juga bersih, parking pun lebih mudah, malah tak perlu berjalan jauh untuk membeli barangan kering, hanya beberapa langkah saja dari parking kereta.

Gambar dalam bangunan Ukir Mall,








Kerajaan amat meneliti dan mengambil berat tentang perkara ini, setiap kekurangan dan aduan yang dibuat oleh peniaga yang telah pindah ditapak sementara, pasti akan diambil kira dan diperhalusi untuk tindakan penambahbaik.

Sekarang, peniaga Pekan Rabu sudah pun berpindah ke Ukir Mall. Tentu pada awalnya ini, jualan para peniaga yang baru berpindah akan sedikit terjejas, tetapi Kerajaan Negeri sedang merancang untuk membantu peniaga mempromosi tempat baru dengan mengadakan beberapa event besar untuk menarik pelanggan ke Ukir Mall.

Disamping itu, akan ada perancangan lain untuk membantu peniaga Pekan Rabu di Ukir Mall, lebih-lebih lagi ketika adanya perayaan besar, seperti Hari Raya Aidilfitri dan Raya Haji.

Oleh itu, pelanggan tetap yang selalu berkunjung ke Pekan Rabu, bolehlah ke Ukir Mall, yang hanya tak sampai 1.5 km dari bangunan lama Pekan Rabu, untuk membeli barang keperluan harian.


Gambar keadaan Premis barangan kering peniaga Pekan Rabu di Ukir Mall,





P/s: Untuk rujukan dan kisah Pekan Rabu boleh klik gambar dan link dibawah artikel ini.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Transformasi Pekan Rabu Menuju ke Wawasan baru.. @MukhrizMahathir Rating: 5 Reviewed By: McTheory
Scroll to Top