JITRA - Dua wanita, masing-masing berusia 29 dan 64 tahun ditahan polis semalam kerana memiliki 53kg daun ketum bernilai RM954 dalam satu operasi di Pida 6 Baru, Kodiang dekat sini.
Wanita berusia 64 tahun yang dibantu oleh anak saudaranya berusia 29 tahun itu dipercayai melakukan kegiatan menjual daun ketum sejak lima bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah berkata tangkapan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi, hasil maklumat awam dan pihaknya merampas sembilan beg plastik hitam berisi daun ketum yang disimpan di belakang rumah kediaman wanita itu.
Katanya pihaknya percaya daun ketum itu mahu dijual kepada pihak lain yang memproses daun itu untuk dijadikan air ketum.
Beliau berkata dua suspek berkenaan direman selama empat hari bermula semalam dan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang boleh dipenjara maksimum empat tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

0 comments:
Post a Comment