Latest News

Tuesday 6 January 2015

Bom Mortar : ATM Diminta Perketat Kawalan Keluar Masuk Di Kem Horbart Gurun - Ketua Polis Kedah



Alor Setar - Ketua Polis Kedah,Datuk Zamri Yahya meminta pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk memperketat kawalan keluar-masuk di Kem Horbart, Gurun bagi memastikan kejadian seperti membawa keluar senjata tidak berlaku.

Beliau mengulas kejadian satu letupan bom yang berpunca dari peluru pelancar roket anti kereta kebal berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra, Gurun pada 25 Disember lalu.

Kejadian itu mengakibatkan seorang anggota tentera dari Kem Hobart, Ayub Hashim, 34, dan anaknya, Nur Idayu Syahirah, 8, serta anak jirannya Mohd Aqif Lokman Mohd Sharizal, 5, maut di tempat kejadian.

Sementara isteri Ayub, Sharifah Azlina Hashim, 30, yang cedera parah akibat letupan bom itu turut menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kira-kira jam 9.21 pagi setelah menerima rawatan selama lima hari di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Zamri bercaap kepada media di majlis sumbangan bantuan banjir Pantai Timur, beliau menerima sumbangan 230,400 botol air mineral daripada UFUN Group menerusi Pengerusi Syarikat UFUN Thailand, Jeneral Athiwat Soopan dan Pengerusi Syarikat UFUN Malaysia, Datuk Seri Zakaria Zain.

Sumbangan dibawa daripada Bangkok dengan enam buah lori.

Syarikat UFUN turut menyerah cek bernilai RM50,000 kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan Persatuan Keluarga Polis Kedah.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Bom Mortar : ATM Diminta Perketat Kawalan Keluar Masuk Di Kem Horbart Gurun - Ketua Polis Kedah Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top