Latest News

Saturday 31 January 2015

GLC Kedah Sumbang Lebih RM 300 Ribu Bantu Mangsa Banjir Kelantan


Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) hari ini menyumbangkan RM307.500.00 kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

Majlis penyerahan ini dibuat semasa perasmian ' Flood Relief Charity Golf 2015 ' di Darulaman Golf & Country Club di Jitra hari ini.


Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada usaha-usaha dan sumbangan yang di hulurkan oleh pelbagai pihak termasuk Bina Darulaman Berhad dan vendor-vendornya .

Secara keseluruhan BDB telah menyumbangan RM150.000.00 dan selebihnya wang hasil penyertaan pemain-pemain golf dan vendor-vendor BDB.

Kerajaan Negeri pada hujung tahun 2014 telah menubuhkan skuad Sukarelawan Kedah Aman Makmur (SUKAM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan masih di sana untuk kerja-kerja pembersihan dan pembinaan penempatan.

Dengan sumbangan pelbagai pihak setidaknya mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kelantan.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: GLC Kedah Sumbang Lebih RM 300 Ribu Bantu Mangsa Banjir Kelantan Rating: 5 Reviewed By: Anak Melayu
Scroll to Top